Sesat Ke?..Nak Cari Aper tue....?

Friday, December 9, 2011

Hadirnya Permata Hati Ummi dan Ayah....



Tanggal 13 Januari 2011, tepat pukul 1.11pagi hari khamis, lahirlah insan kecil yang diberi nama Izz Imran Imtiyaz Bin Norazan. Siapa sangka aku boleh bersalin 2 minggu lebih awal sedangkan due yang diberi adalah hujung bulan Januari @ awal bulan Februari.

Pagi rabu aku tetap melakukan rutin harian ku seperti biasa.. Bangun pagi bersiap2 untuk ke ofis. Tapi aku mula rasakan contraction lebih di bahagian perutku.. Makin lama makin cepat... Aku beritahu suami tapi dia macam tak percaya.. Tapi suamiku dah berpesan kalau betul-betul sakit terus beritahu dia. Aku tak risau sangat sebab jarak dari ofis ke hospital dekat sangat..

Tengah hari tue. Aku dah mula rasa sakit yang agak berlebihan dari biasa. Tanpa menunggu lagi aku terus call suami lalu dia menghantarku ke hospital.. Sampai di hospital, aku diperiksa. Rupanya masin mulut rakanku diofis tadi. Dia bergurau denganku.. Katanya "mungkin inilah kali terakhir aku dapat pegang perut kau, lepas ni mesti da kempis balik". Doktor tidak benarkan aku balik kerana bukaan ku telah terbuka sebanyak 2cm. Tapi aku terus memujuk doktor supaya benrkan aku pulang..

Aku kembali ke ofis. Terperanjat rakan2 dan bos ku.. Yela mereka sangka aku dah selamat bersalin rupanya hahahahahha.... masih lagi gagah berjalan dengan perut yang hanya menunggu masa sahaja tue...

Balik sahaja dari ofis aku mula rasakan contraction yang agak lama tapi makin cepat. Suami suruh aku berehat tapi aku tak mampu nak merehatkan badan dengan keadaan yang sebegitu. Baring salah, menonggeng salah, mengiring salah..semunya jadi serba salah..keadaan ini berlarutan hingga ke tengah malam.

Jam menunjukkan pukul 12.30 malam, tiba-tiba perut sakit yang teramat sangat. Aku terus berlari ke toilet. Terasa seperti nak membuang air besar jadi aku meneran tapi alangkah terperanjatnya aku yang keluar darah beku yang masih hidup. Aku terus menjerit memanggil suami yang masih lagi lena diulit mimpi..

Suamiku terperanjat bergegas siap terus menghantarku ke hospital. Sampai di sana aku lihat begitu ramai wanita2 yang senasib denganku tapi masih lagi menunggu masa untuk melahirkan.
Doktor terus suruh aku menukar baju lalu menyuruhku naik ke katil. Tiba aku lihat nurse jadi agak kelam kabut. Aku dengar namaku disebit berkali untuk di hantar ke labour room.

Doktor menyuruh suamiku pergi mengambil pakaian anakku kerana aku sudah sampai masa untuk bersalin. Rupanya bukaan ku telah terbuka 9cm. Doktor dan nurse terus menolak ku masuk ke labou room. Aku berpesan pada nurse supaya menyuruh suamiku masuk..

Alhamdulilah dengan kudrat yang tinggal sedikit dan sokongan yang diberi oleh suami tersayang akhirnya lahirlah sikecil ke dunia... UMMI SAYANG IMRAN..SAYANG SANGAT!!!!!
                                                  

Popular Posts